Malaysiakini BERITA

Pulau angkat sumpah Parlimen, gesa NGO

Hazlan Zakaria  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Malaysiakini

Gabungan NGO yang percaya terdapat penipuan dan ketidakaturan besar-besaran dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu menggesa wakil Pakatan Rakyat memulaukan majlis angkat sumpah di Parlimen yang dijadual pada akhir Jun ini.

Jurucakap kumpulan itu Haris Ibrahim berkata, mereka akan memulakan kempen dan menyerahkan memorandum kepada pemimpin politik berkaitan supaya mengambil langkah itu pada minggu ini juga.

NONE Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Haris berkata, keraguan terhadap profesionalisme, ketelusan dan kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta petisyen yang sedang berjalan membuatkan timbul syak berhubung keputusan pilihan raya.

Haris berkata, pemulauan acara pada 24 Jun itu juga akan menguatkan bantahan Pakatan yang selama ini disalurkan melalui siri perhimpunan di seluruh negara,

Katanya lagi, tidak timbul isu berhubung kerugian kerana tidak mempunyai suara dalam Parlimen jika tindakan itu diambil.

"Lima puluh satu peratus pengundi sudah pun ditipu dalam proses untuk menentukan siapa yang akan mentadbir Putrajaya dalam sistem sedia ada," tambahnya.

[Baca berita penuh]