Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
Lagi berita dari pengarang

Walaupun bermula sebagai underdog , Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefli Ahmad berkata parti itu yakin berada dalam "posisi untuk mengecewakan BN" dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut esok.

Dr Dzulkefli berkata berdasarkan kajian mereka, calon PAS Azlan Yusof mempunyai kelebihan kerana dikenali hampir 70 peratus daripada pengundi di Kuala Besut.

Data tersebut selari dengan dengan kajian yang dilakukan sebuah firma penyelidikan bebas Ilham Centre - yang menumpukan pengkhususan dalam bidang kajian lapangan.

NONE Zulkefly ( kiri ) yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS juga berkata, agenda 16:16 yang menjadi tema kempen mereka berjaya "menekan, menggigit dan menggugat" BN pada minggu kedua berkempen.

"Dalam kajian yang kami lakukan dan maklumat rahsia daripada sebelah sana (BN), bahawa mereka takut, kalau-kalau kami dapat mampu mengurangkan majoriti mereka.

"Dengan berkat Ramadan dan kesungguhan calon dan jentera, tidak mustahil kemenangan mampu berpihak kepada kami.

"Jadi pada kami takrif menang itu adalah (bermaksud) mengurangkan majoriti 2,434 mereka.

"Tetapi sepertimana saya sebutkan, dengan keberkatan Ramadan, usaha, gigih, cekal dan sebagainya, kita berada dalam kedudukan untuk mengecewakan mereka dalam pilihan raya kecil ini" katanya.