Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PRU13: 'Kebanjiran tweet pro-BN kurang beri kesan'

Jumlah tweet pro-BN mengatasi tweet untuk pro-Pakatan sepanjang tempoh berkempen sewaktu pilihan raya umum pada 5 Mei lalu, tetapi keberkesanannya terhadap pengundi diragui, kata seorang penyelidik.

NONE Terdapat lapan juta tweet dicatatkan dalam tempoh pilihan raya umum ke-13 - antara 26 April hingga 13 Mei - kata felo penyelidikan Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), Surinderpal Kaur.

"Pada hari pilihan raya sahaja, sebagai contoh, kita mengumpul 900,000 tweet. 68 peratus adalah re-tweet dan orang yang paling banyak re-tweet ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Surinderpal dalam satu forum anjuran Umcedel semalam.

Penyelidikannya membawa kepada kesimpulan bahawa BN nampaknya mempunyai visibiliti yang tinggi di Twitter, tetapi ia tidak semestinya membantu prestasi gabungan tersebut.

NONE "Adakah jumlahnya sama dengan impaknya? Tidak," kata Surinderpal, pensyarah di Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya.

Hasil penyelidikannya menunjukkan mungkin wujud 'kesan ruang echo',

dan beliau memetik jumlah tweet atau re-tweet yang tinggi yang dikaitkan dengan Najib adalah terhad kepada satu kumpulan kecil dan tidak dibincangkan secara meluas.

Menurutnya, mungkin ada kemungkinan ini kerja "cybertroopers". Bagaimanapun, tambahnya, kesimpulan itu hanya dapat dibuat apabila kajian lanjut dijalankan mengenai dari mana tweet itu datang dan sama ada ini adalah dari lokasi tunggal, seperti Putrajaya.

[Baca berita penuh]

ADS