Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengembangan Syiah dikesan di 4 kota di S'gor
Diterbitkan:  Aug 6, 2013 5:04 PM
Dikemaskini: 9:24 AM

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menegaskan tidak akan bertolak ansur terhadap pengembangan ajaran Syiah yang kini dikesan di di empat bandar di negeri itu, iaitu Ampang, Gombak, Klang dan Puchong.

Pengerusinya Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, ini ekoran titah Sultan Selangor bahawa isu itu mesti diambil serius pihak berkuasa dan umat Islam supaya ia tidak diamalkan.

"MAIS menjunjung titah DYMM Tuanku dan berpendirian bahawa fahaman ini wajib disekat kerana ia boleh merosakkan akidah dan memecah belah umat Islam serta mengancam keselamatan negara," katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Mohamad Adzib berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan agama, pengurusan masjid serta tokoh ulama bagi tujuan itu.

Ia antaranya dengan memantau pengajar bertauliah, mengetatkan pemberian tauliah.

Mais juga mendesak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak terhadap kumpulan dan web yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Malah, kata Mohamad Adzib lagi, badan penguatkuasaan agama majlis itu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) juga akan menyemak semula dan memperkemas kandungan buku teks agama yang digunakan di pelbagai peringkat.

ADS