Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor akan memutuskan tindakan dalam tempoh terdekat terhadap pengusaha sebuah resort di Sedili Besar, di Kota Tinggi, yang membenarkan surau di resort itu digunakan untuk upacara keagamaan lain.

Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin berkata keputusan itu akan dibuat selepas siasatan terperinci dilakukan pihaknya mengikut Seksyen 7(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 kerana menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina.

"Berdasarkan pemantauan dan tinjauan terhadap surau itu kita dapati ada keraguan dari segi reka bentuknya. Kedudukan arah kiblat juga tersasar dari Kaabah malah menghadap luar dari kawasan Masjidil Haram," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat surau itu di resort berkenaan yang membenarkan sekumpulan penganut Buddha dari Singapura menggunakan surau itu bagi melakukan meditasi.

Hadir sama, Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadut dan Pegawai Daerah Kota Tinggi Mohd Noor Azam Osman.

Justeru, Mohd Tahrir turut mengingatkan semua pihak supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak memperlekehkan kesucian agama Islam.

- Bernama

ADS