Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Negaraku akan berkumandang di pawagam
Diterbitkan:  Aug 21, 2013 5:15 PM
Dikemaskini: 10:12 AM

Lagu Negaraku akan dikumandangkan di seluruh panggung wayang sebelum tayangan dimulakan antara 28 Ogos hingga 3 September, sebagai sebahagian daripada promo hari kemerdekaan ke-56 negara ini.

Menurut kenyataan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, turut ditayangkan dua promo berjudul Pesanan Terakhir (1 minit 30 saat) dan Tanah Tumpahnya Darah (3 minit).

azlan Ia juga bakal dimainkan di semua stesen televisyen Malaysia.

"Usaha ini untuk memupuk semangat cintakan negara di kalangan semua rakyat Malaysia dan menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-56," kata kenyataan itu.

Selain itu, kementerian juga menjelaskan, beberapa acara lain bakal menyusul, seperti ambang merdeka, perarakan hari merdeka dan sambutan hari Malaysia.

Sambutan bulan kemerdekaan dimulakan dengan pelancaran Jalur Gemilang oleh perdana menteri di Sungai Petani pada 16 Ogos lalu.

Menteri: Saya harap tak perlu letak polis

Pesanan Terakhir mengisahkan tentang gugurnya pahlawan negara ekoran pencerobohan Sulu di Lahad Datu manakala Tanah Tumpahnya Darahku pula mengenai semangat patriotisme terhadap Malaysia.

NONE Sementara itu, menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ( kiri ) turut mengumumkan perkara itu selepas perjumpaan dengan lima pengendali panggung wayang, termasuk Golden Screen Cinema (GSC), TGV Cinemas, MBO Cinemas, Lotus Five Star dan Cathay Cineplex Cinemas.

Katanya, penonton diminta berdiri menunjukkan hormat ketika Negaraku dimainkan dan perkara itu akan dipantau oleh pengendali panggung.

"Saya harap saya tidak perlu meletakkan anggota polis di panggung wayang (untuk memantaunya)," katanya berseloroh.

ADS