Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Sekumpulan anggota Pemuda PAS lewat petang ini mengedar risalah kepada peminat kumpulan rock terkenal Metallica sempena konsert kumpulan itu di Stadium Merdeka malam ini.

NONE Seramai 17 aktivis Pemuda PAS yang diketuai Setiausaha Dewan itu Khairul Faizi Ahmad Kamil mengedarkan risalah bagi menimbulkan kesedaran pengunjung untuk berkongsi simpati terhadap apa yang berlaku di Mesir ketika ini.

Sebanyak 2,000 keping risalah dicetak diedarkan kepada pengunjung yang memasuki stadium tersebut sebelum mereka mengikuti konsert kumpulan lagenda daripada Amerika Syarikat itu.

Risalah tersebut tertulis: "If you can pay RM195 for Metallica, why not share some to help Egyptians?"

"Jika kamu dapat bayar RM195 untuk Metallica, kenapa tidak berkongsi sama membantu rakyat Mesir?"

NONE Di samping itu risalah itu memaparkan gambar timbunan tengkorak berbentuk piramid dan sekumpulan pemimpin PAS yang berdoa dengan tulisan " Or At Least Pray For Egypt " (atau sekurang-kurangnya berdoa untuk Mesir) serta seorang pemimpin menangisi kejadian yang menimpa rakyat Mesir.

"Risalah ini sebagai mesej untuk memberitahu kepada mereka (pengunjung) dalam berhibur ada saudara kita di luar sana (ditimpa malang)," kata Khairul Faizi ketika ditemui Malaysiakini di luar perkarangan stadium.

Beliau yakin, langkah mereka mengedar risalah akan memberi kesan sebahagian daripada pengunjung memandangkan mereka juga adalah manusia mempunyai perasaan simpati terhadap rakyat Mesir.

NONE "Mungkin pada waktu ini, mereka tidak membacanya, tetapi apabila mereka balik, mereka teringin nak memberi sumbangan," katanya sebelum mengedarkan risalah tersebut.

Sehubungan itu, risalah tersebut turut mencatatkan nombor akaun Maybank NGO Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) - NGO yang bekerjasama dengan Pemuda PAS - bagi membolehkan pengunjung memberikan sumbangan kepada rakyat Mesir.

Khairul Faizi berkata pengedaran risalah itu berlangsung selama sejam bermula 6.30 petang.

NONE Turut hadir ialah beberapa exco Pemuda PAS termasuk Mohd Sany Hamzan dan Kamaruzzaman Mohamad serta beberapa aktivis pemuda Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Tinjauan Malaysiakini mendapati ada pengunjung yang yang membelek-beleknya yang disediakan secara ringkas.

ADS