mk-logo
Berita
Najib harap jabatan k'jaan, GLC iklan lebih dalam Utusan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak amat berharap jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta yang dimiliki Bumiputera supaya mengiklan lebih banyak dalam akhbar lidah Umno, Utusan Malaysia bagi memastikan keupayaan akhbar harian berbahasa Melayu itu bersaing dalam jangka panjang.

NONE Beliau berkata ia adalah penting untuk akhbar yang berusia 75 tahun itu dapat kekal dalam landskap media.

Najib, ketika berucap di majlis perasmian ibu pejabat Utusan di Jalan Enam di Chan Sow Lin hari ini, turut mengumumkan bahawa nama jalan itu akan ditukar kepada 'Jalan Utusan.

"Jalan Enam tak de apa maksud kan, jadi kita namakannya sebagai Jalan Utusan," kataya.

Pengumuman beliau itu disambut dengan tepukan gemuruh para tetamu.

Najib mengulas kenyataan Pengerusi Eksekutif Utusan, Tan Sri Hashim Makruddin sebelum itu sama ada kerajaan bersedia untuk menamakan jalan tersebut sebagai Jalan Utusan.

Dalam ucapannya, Najib berkata, beliau faham bahawa dalam dunia kewartawan ini, amat sukar untuk memisahkan kejayaan sesebuah akhar dengan sokongan komersial.

"Saya amat sedar bahawa akhbar bergantung kepada pengedaran harian and iklan untuk menjana pendapatan.

"Maka saya amat berharap semua badan kerajaan, GLC dan syarikat swasta, apatah lagi yang dimilik oleh bumiputra, supaya bagilah iklan yang lebih banyak kepada Utusan Malaysia .

"Saya dapat lihat, ini adalah salah satu kemungkinan  untuk meletakkan Utusan di tempat yang lebih tinggi," tambahnya.

  [Baca berita penuh]

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini