Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar digemari Utusan, tapi portal suka Najib
Diterbitkan:  Sep 18, 2013 11:40 AM
Dikemaskini: 3:52 AM

Hubungan media negara ini dengan dua pemimpin politik tertinggi negara boleh diibaratkan seperti 'benci-benci sayang'.

Satu kajian media mendapati keghairahan Utusan Malaysia dalam memberi liputan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan beliau ahli politik yang paling banyak diberikan publisiti oleh akhbar itu ( carta di atas ).

Pada masa sama, media bercetak lain seperti New Straits Times , The Star dan Sinar Harian pula lebih menyerlahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Anwar menduduki carta teratas dalam liputan oleh Utusan. Namun, beliau didapati dihentam secukup-cukupnya oleh akhbar itu dalam satu laporan pemantauan media dalam tempoh 7 April 2013 sehingga 7 Mei 2013. NONE

 

 

Portal Malaysiakini ( lihat carta atas ) dan The Malaysian Insider yang sering dituduh sebagai propembangkang bagaimana pun didapati memberikan liputan paling banyak kepada Najib.

NONE Namun, Najib didapati diberikan liputan positif dan negatif pada masa yang sama oleh portal-portal itu, seperti dikaji University of Nottingham dan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).

Sementara itu, Malaysiakini didapati memberikan liputan seimbang untuk kedua-dua pihak, iaitu BN dengan 48 peratus dan Pakatan 49 peratus ( kanan ).

Lain-lain pihak, termasuk bebas mendapat liputan 5 peratus.

[Baca berita penuh]

 

ADS