Najib nafi dakwaan 'Umno hampir maut'

   

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menangkis dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti berkenaan kini hampir di penghujung nyawa.

Najib berkata parti itu memenangi 88 kerusi pada pilihan raya umum ke-12, yang menunjukkan pertambahan berbanding 79 pada 2008.

"Kita tetap menjadi kubu BN,” katanya.

Katanya, Umno akan terus berjuang demi demi kepentingan parti tersebut dan menolak politik wang demi kepentingan rakyat.

Tambahnya, ia merupakan nilai yang perlu ditunjukkan oleh anggota Umno kepada masyarakat agar golongan itu lebih yakin kepada parti.

Najib juga mengingatkan bahawa proses perubahan dalam parti itu telahpun berlaku dan akan diteruskan apabila tiba pemilihan parti.

Bagaimanapun, sejauh mana perubahan itu akan berlaku masih perlu dilihat, katanya.

“Saya jangka dalam pemilihan parti kali ini akan berlaku perubahan,” katanya.

Mahathir dalam tulisan disiarkan di blog chedet.cc pada hujung minggu lalu berkata beliau melihat parti Umno kini “mengidap sakit tua yang tetap akan membawa maut”.

Katanya, perubahan perlu berlaku untuk menampilkan pempin muda di setiap peringkat terutama dalam majlis tertinggi.

Kenyataan Mahathir itu turut menarik perhatian apabila anaknya, Mukhriz mengesahkan akan bertanding untuk merebut jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan bulan depan.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda