Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Utusan spekulasi Chin Peng tak mati Hari M'sia
Diterbitkan:  Sep 22, 2013 12:47 PM
Dikemaskini: 5:04 AM

Utusan Malaysia berspekulasi bahawa tarikh kematian bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dirancang daripada 15 kepada 16 September bagi mengaitkannya dengan semangat nasionalisme Hari Malaysia.

Memetik sumber, Utusan Online melaporkan, Chin Peng dipercayai meninggal dunia di Hospital Bangkok pada petang 15 September tetapi kematiannya dilaporkan pada awal pagi 16 September, ketika sambutan Hari Malaysia.

"Dipercayai tarikh (kematian) pada hari Isnin itu dipilih supaya Chin Peng diingati oleh penyokongnya yang secara kebetulan jatuh pada hari penting buat seluruh rakyat Malaysia menyambut hari pembentukan negara Malaysia.

"Pihak kami mendapat maklumat ini merupakan agenda terancang pihak-pihak tertentu kononnya mahu mengaitkan kematian Chin Peng sebagai semangat nasionalisme," beliau dipetik sebagai berkata kepada Mingguan Malaysia .

Menurut sumber itu lagi, pihaknya akan cuba bekerjasama dengan hospital di Bangkok bagi mendapatkan kesahihan maklumat yang diterima mengenai tarikh sebenar kematian pemimpin kanan PKM itu.

ADS