mk-logo
Berita
K'jaan bayar RM1.6j untuk K-Pop hari belia
Diterbitkan:  Oct 2, 2013 3:48 AM
Dikemaskini: 8:30 AM

Kerajaan pada tahun lalu bersungguh-sungguh menafikan bahawa usaha untuk membawa masuk kumpulan hiburan K-Pop bagi acara Hari Belia Negara 2012 ditanggung dengan wang rakyat.

NONELaporan Audit Negara 2012 bagaimanapun mendapati sebaliknya – tiga kumpulan itu didapati dibawa masuk dengan kos RM1.6 juta yang ditanggung kerajaan.

Kementerian itu juga ditegur atas "perbelanjaan tinggi" dan "tidak "selaras dengan peraturan perbelanjaan berhemat" bagi belanja lain untuk sambutan tersebut – berjumlah hampir RM3 juta.

Tiga kumpulan K-Pop – U-Kiss, Teen-Top dan Dal shabet – ditampilkan untuk persembahan ke acara tersebut oleh syarikat Stadium First Sdn Bhd.

Ketua setiausa kementerian Mohd Mohamad dalam laporan Bernama tahun lalu menyatakan bahawa kos untuk membawa masuk persembahan tersebut ditanggung oleh penaja.

[Baca berita penuh]

Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS