Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, beliau tidak akan mencabar Mohamad Sabu bagi merebut jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada muktamar ke-59 November ini.

Difahamkan Husam ( bawah ) telah melepasi syarat pencalonan daripada dua kawasan untuk bertanding jawatan tersebut dan keputusannya bakal diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan pada 21 Oktober ini.

NONE "Apa alasan yang terbaik untuk saya melawan Abang Mat (Mohamad Sabu)? Kamu ada alasan untuk saya melawan Abang Mat.

"Kalau tidak ada alasan yang baik, kenapa (saya) mahu melawan beliau," katanya.

Beliau menjawab soalan hadirin berhubung pendiriannya sama ada mahu bertanding jawatan itu dalam sebuah dialog bertajuk 'Survival PAS dalam arena politik Malaysia' di ibu negara malam tadi.

Turut serta sebagai panelis dalam dialog tersebut adalah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, ahli jawatankuasa Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Mohamad Sabu telah menyatakan pendiriannya untuk mempertahan jawatan yang dimenanginya pada pemilihan parti lalu dalam persaingan tiga penjuru.

Selain Husam, ADUN Salor, yang dicalonkan untuk bertanding jawatan itu, dua lagi tokoh pemimpin yang disebut-sebut berminat merebut jawatan nombor dua dalam hierarki parti itu.

Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Amar Abdullah, dikatakan antara yang mendapat cukup pencalonan untuk bertanding jawatan itu.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS