mk-logo
Berita
Mesyuarat PAS Batu kecoh, diadakan semula 6 Okt

Mesyuarat agung serta pemilihan PAS Kawasan Batu pada 29 September lalu menjadi kecoh dan terpaksa ditangguhkan apabila ada pihak yang membantah senarai calon serta menolak keputusan membenarkan perwakilan cawangan Taman Datuk Senu mengundi.

Sumber-sumber yang turut hadir memberitahu Malaysiakini bahawa keadaan menjadi kecoh sehingga seorang pemimpin kanan kawasan berang dengan mendakwa ada usaha untuk "merampas dan menjatuhkan" kepimpinan PAS kawasan itu.

Menurutnya, ada juga suara-suara yang "memujuk" supaya pemilihan itu diteruskan.

Sumber-sumber itu mendakwa perwakilan daripada cawangan Taman Datuk Senu digantung sehari sebelum tarikh pemilihan tersebut kerana didakwa cawangan tersebut telah menghantar dua kumpulan perwakilan ke mesyuarat tersebut.

no to 118 mega tower movement launch 050113 ishak surin 02Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Yang Dipertua PAS kawasan Batu, Ishak Surin mengesahkan perkara itu berlaku, tetapi menegaskan bahawa ia telah diselesaikan selepas dirujuk kepada badan perhubungan PAS Wilayah Persekutuan dan ibu pejabat parti.

"Masalah ini sudah selesai," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Berikutan itu, katanya, kawasan Batu telah diarahkan mengadakan semula mesyuarat agung dan pemilihan pada 6 Oktober ini.

Berhubung perwakilan cawangan Taman Datuk Senu, Ishak berkata pihaknya mempunyai kuasa untuk menentukan senarai perwakilan yang layak menghadiri mesyuarat agung tersebut.

"Tapi kalau kita ambil senarai perwakilan lama, nanti kata kita pilih kasih. Memandangkan masa sudah suntuk, Dewan Harian kawasan memutuskan tidak membenarkan kedua-dua perwakilan hadir

"Kita tubuh jawatankuasa untuk selesaikan masalah ini. Kedua-dua tidak dibenarkan hadir pada Ahad ini (untuk menyambung semula mesyuarat yang tertangguh)," kata Ishak lagi.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS