Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pihak berkuasa perlu menyiasat bekas menteri belia dan sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung bil kementerian berjumlah RM67.6 juta untuk sambutan Hari Belia pada 2012, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEMenurut Laporan Audit Negara, kementerian itu membelanjakan lebih empat kali ganda berbanding apa yang diperuntukan untuk acara itu, termasuk RM1.6 juta untuk menjemput kumpulan daripada Korea, K-Pop.

Anwar berkata perkara itu amat memeranjatkan kerana didakwa menyalahgunakan kuasa dan pembaziran dana awam, sehubungan itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) digesa menyiasat pemimpin itu.

Ketua pembangkang berkata ia merupakan satu keputusan politik dan pemimpin politik perlu bertanggungjawab dengan tindakan pembaziran dana awam dan tidak seharusnya menyalahkan kakitangan awam sahaja.

"Saya menggesa SPRM untuk mengambil tindakan serta merta untuk menghukum 'jerung' dan tidak hnya menghukum 'ikan bilis'" katanya.

[Baca berita penuh]

ADS