Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'tan curi tanah kami, dakwa kumpulan Orang Asli

Pemimpin Orang Asli mendakwa kerajaan Kelantan bersekongkol dengan Jabatan  Kemajuan Ehwal Orang Asli (JAKOA) untuk merampas hak tanah Orang Asli, walaupun laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai isu itu masih sedang dibincangkan.

Beberapa pemimpin dari negeri pantai timur itu datang ke Kuala Lumpur semalam untuk menyerahkan nota bantahan kepada Suhakam, dan menggesa supaya pelanggaran hak itu dihentikan segera.

Suara mereka telah disenyapkan, kata mereka, dan semua orang - daripada pemimpin PAS hingga kepada pegawai kerajaan dan polis - menentang mereka.

Walaupun PAS memerintah Kelantan sejak tahun 1990, Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa jahil mengenai isu tersebut.

NONEJamali Ayau, seorang anggota Rangkaian Kampung Orang Asli

Kelantan ( JKOAK ) menegur Abdul Hadi berhubung kenyataan yang dibuat bulan lepas di Kuala Lumpur yang mahu Orang Asli berubah daripada merayau dan menerima pemodenan.

Bercakap kepada pemberita di pejabat Suhakam, Jamil berkata pihaknya, sedang Orang Asli secara amnya dan di Kelantan khususnya, bukan anti- pembangunan dan pemodenan.

Sebaliknya, tegas beliau, mereka menolak pembangunan yang membawa kemusnahan, pencemaran alam sekitar dan kehilangan mata pencarian mereka.

Jamali mendakwa, kerajaan negeri Kelantan telah mengintai tanah mereka di Gua Musang, Lojing Highland dan Neggiri yang boleh digunakan untuk projek pembalakan, perlombongan dan perladangan projek - yang semuanya tidak memberi apa-apa balik kepada masyarakat mereka.

Orang Asli protest KelantanKerajaan Kelantan menolak untuk mengadakan rundingan langsung

dengan Orang Asli tetapi hanya akan berurusan dengan JAKOA yang terletak di bawah kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah. Kumpulan Orang Asli mendakwa JAKOA tidak menghormati hak-hak tanah mereka.

Bulan lepas , sebagai contoh, agensi-agensi berita melaporkan bahawa JAKOA telah mula mengukur tanah Orang Asli di Kelantan.

Seorang pemimpin kanan JKOAK, Arom Asir, mendakwa bahawa niat sebenar JAKOA sebaliknya ialah untuk memberikan setiap isi rumah Orang Asli hanya dua hingga enam ekar daripada tanah rizab mereka yang luas .

Jika mereka bersetuju, ini bermakna banyak daripada tanah mereka akan secara automatik kembali menjadi milik negeri.

Kumpulan Orang Asli dari negeri-negeri lain telah mengadu tentang perkara yang sama berlaku di tempat-tempat lain di negara ini.

' JAKOA harus dibubarkan'

Menurut Arom,  JAKOA harus dibubarkan kerana mendakwa jabatan itu tidak bekerja untuk mereka tetapi sebaliknya menentang mereka.

Kebanyakan aduan ini timbul sewaktu inkuari Suhakam, yang telah dikeluarkan pada bulan Ogos selepas hampir dua tahun mengumpulkan fakta.

orang asli protest in putrajaya 170310Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah menerima laporan

itu, tetapi kerajaan mengarahkan satu pasukan petugas untuk mengkaji laporan itu, daripada melaksanakan 18 langkah yang dicadangkan oleh Suhakam, termasuk menubuhkan sebuah tribunal mengenai hak tanah Orang Asli.

Rodziah Abdul, pegawai Suhakam yang menerima memorandum bantahan dari JKOAK itu, memberitahu pemberita bahawa pasukan petugas kerajaan itu mungkin menyelesaikan tugas itu pada Januari tahun depan.

Presiden Majlis Peguam Malaysia, Christopher Leong dan MP DAP, Ong Kian Ming adalah antara mereka yang baru-baru ini menggesa kerajaan supaya menyelesaikan segera isu yang telah lama mengenai hak tanah Orang Asli.

[Baca berita penuh]

ADS