BERITA

Mahfuz: Majoriti merosot kerana PRK pada hari bekerja

Susan Loone

Diterbitkan
Dikemaskini 4 Nov 2013, 12:47 tengahari

Kegagalan PAS untuk mengekalkan majoriti dalam pilihan raya kecil DUN Sungai Limau hari ini kerana ia diadakan pada hari bekerja, kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar.

Katanya, majoriti yang diperolehi PAS kali ini merosot kerana tidak ramai pengundi luar kawasan - yang balik mengundi kali ini.

Mahfaz menganggarkan hanya 2,300 daripada 3,600 pengundi luar yang balik mengundi hari ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau sebelum inipun telah meramalkan PAS mampu mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau dengan majoriti yang rendah.

"Bagaimanapun, saya gembira kerana majoriti yang kita perolehi berganda daripada apa yang saya jangkakan sekitar 500 undi sahaja," katanya ketika mengulaskan keputusan pilihan raya kecil hari ini.

NONE Menurutnya, pengundi luar sebelum ini pulang untuk mengundi dalam pilihan raya umum lalu dan juga sambutan hari raya Aidiladha.

"Jadi, sukarlah untuk mereka mengambil cuti lagi (kali ini)," tambahnya.

Sementara itu, dalam reaksinya melalui mesejnya di twitter terhadap kenyataan Mahfuz itu, Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin menulis:

"Umno pun hilang undi sebab hari kerja. Ada sebab lain majoriti PAS turun." 

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.