Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perwakilan Pulau Pinang hari ini menjelaskan mengapa pihaknya 'meletupkan' isu campur tangan kepada portfolio berhubung hal ehwal Islam di negeri itu seperti yang didedahkan dalam sidang media sebelum muktamar berlangsung.

Mohd Nor Haron berkata bimbang ia berlaku kepada PAS negeri lain jika perkara itu berulang sekalipun beliau difahamkan PAS di negeri lain menghadapi masalah yang sama.

Beliau turut mempersoal sama ada tindakan tersebut menepati prinsip kompetensi, akauntabliti dan ketelusan (CAT) yang diamalkan oleh kerajaan negeri Pulaun Pinang.

"Kita ambil konsep pilihan raya umum ke-12, kita (dalam Pakatan Rakyat) baru berkenal-kenalan, berkawan, selepas itu baru kita kenal kawan.

"Kita perlu bersabar. Lima tahun kita bagi, selepas pilihan raya umum ke-13 saya difahamkan PAS negeri lain hadapi masalah yang sama.

"Orang bertanya, kenapa letupkan dekat-dekat dengan muktamar. Kami kata, ia masa yang tepat. Hari ini hari Pulau Pinang, esok mungkin hari saudara," tegas Mohd Nor yang juga setiausaha PAS Pulau Pinang .

Membahaskan ucapan dasar presiden, beliau terus meluahkan rasa tidak puas hati ekoran surat mereka beberapa exco Pulau Pinang berhubung campur tangan tetapi tidak dilayan menyebabkan mereka sukar membuat keputusan.

Katanya, walaupun PAS Pulau Pinang menang hanya satu kerusi DUN Permatang Pasir, itu tidak bermakna mereka tidak diperlukan, bahkan selepas pilihan raya umum ke-12 , mereka hanya diperuntukkan dua kerusi ahli majlis dan empat kerusi NGO.

"(Tetapi) masa dekat pilihan raya umum, panggil kami bentang manifesto. Namun bila capai kemenangan PAS disingkirkan. Adakah PAS dijadikan musuh kepada Pakatan.

"Banyak tekanan (diterima) sehingga klimaksnya, mesyuarat kawasan, cawangan dan dewan-dewan beri tekanan kepada PAS negeri Pulau Pinang.

"Kami terpaksa buat sidang media, selepas surat kita tidak dilayan.S emoga selepas ini CAT ini bukan kucing yang mencakar mangsanya tapi kucing yang penyayang," tegasnya.

ADS