BERITA

'PKR takkan biarkan wakil rakyatnya panggil kucing kurap'

Susan Loone

Diterbitkan
Dikemaskini 30 Nov 2013, 12:43 tengahari

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti itu tidak akan bertolak ansur  jika ada wakil rakyatnya yang menggunakan istilah 'kucing kurap' terhadap pegawai bawahan.

NONE Anwar berkata perkataan seumpama itu boleh menjatuhkan martabat

orang lain walaupun Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi mungkin mempunyai maksud yang lain.

Ketika ditemui di majlis pelancaran pusat perkhidmatan ADUN Seberang Jaya, Afif Bahardin di Tingkat siakap 3, Taman siakap, Anwar berkata kadang-kadang dalam masyarakat yang berbilang kaum, mungkin wujud kurang sensitiviti tertentu.

Dalam bahasa Melayu, katanya, istilah 'kucing kurap' adalah sesuatu yang paling hina dalam masyarakat.

Ia juga, tambah Anwar, bermakna kucing yang berpenyakit dan tidak sepatutnya digunakan terhadap orang bawahan.

NONE Anwar merujuk kepada kenyataan Ooi pada 16 November lalu apabila ahli Parlimen Jelutong itu berang apabila didatangi pekerja bawahan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) behubung aduannya terhadap penjaja haram di Jelutong.

Komen Ooi itu menimbulkan kemarahan beberapa pihak, termasuk pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow dan Ahli Parlimen PKR Nibong Tebal, yang juga Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman.

Chow memberitahu Ooi bahawa kenyataannya terhadap MPPP itu adalah tidak adil, manakala Mansor pula berkata Ooi sepatutnya menarik balik kata-katanya itu kerana ia satu sikap tidak hormat.

Ketua Menteri Lim Guan Eng pula berkata Ooi, bekas ketua kakitangannya, harus mendengar nasihat Chow kerana komen beliau mencerminkan kerajaan negeri dan parti.

'Ooi patut minta maaf'

Pada hari Rabu, empat kesatuan yang mewakili 2,000 pekerja, termasuk majlis berkenaan, menuntut Ooi meminta maaf dan menarik balik kenyataannya tetapi Ooi enggan berbuat demikian.

NONE Anwar berkata Ooi (kiri) perlu membuat penjelasan sekiranya beliau

tidak bermaksud untuk menghina pegawai-pegawai berkenaan.

Ooi mempertahankan dirinya dengan berkata beliau membesar di kampung dan sudah biasa dengan istilah itu, yang dimaksudkannya sebagai 'ikan kecil'.

Sementara itu Anwar berkata, beliau pernah suatu masa dahulu menggunakan perkataan Hokkien yang kesat sebelum mengetahui apa yang dimaksudkannya.

Apabila mengetahui maksudnya, Anwar berkata beliau cepat-cepat minta maaf.

Menurut Anwar lagi, Ooi mungkin membesar dengan perkataan tersebut, tetapi bagi orang ramai, ia merupakan perkataan yang menjatuhkan martabat.

Ditanya jika Ooi harus meminta maaf, Anwar berkata, ahli Parlimen Jelutong itu patut berbuat demikian.

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.