mk-logo
Berita
Aktivis: Kelantan tak minat lagi isu royalti?
Diterbitkan:  Feb 20, 2014 4:14 AM
Dikemaskini: Feb 21, 2014 12:34 AM

Sikap terkini kerajaan Kelantan bawah pentadbiran baru Datuk Ahmad Yaakob terhadap perjuangan menuntut royalti minyak mula dipersoal aktivis negeri.

Ini ekoran timbulnya khabar angin bahawa Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan tidak berminat lagi meneruskan saman berhubung tuntutan bayaran itu di mahkamah.

Perkara itu dinyatakan dalam surat terbuka seorang penggerak Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Petrolium ke Negeri Kelantan (ROYALTI), NGO paling terkedepan dengan tuntutan itu.

Mohd Fauzi  Azmi hari ini membangkitkan beberapa perkara, antaranya, hampir setahun setengah, Kelantan masih belum mengemukakan rayuan terhadap prosiding tuntutan itu.

“Adakah kerajaan negeri Kelantan akan meneruskan prosiding saman tuntutan royalti negeri Kelantan terhadap Petronas atau ia masih dalam perbincangan?” soalnya.

Beliau malah menuntut kerajaan negeri menafikan perkara itu secara rasmi jika ia tidak benar.

“Kami tidak teragak-agak untuk menggembleng tenaga menggerakkan sebuah himpunan rakyat secara besar-besaran di negeri kelantan sekiranya pihak kerajaan negeri Kelantan mengambil sikap 'berdiam diri' atau memberi jawapan yang 'tidak memuaskan hati' rakyat negeri Kelantan,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Fauzi juga berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa pengeluaran terbaru petroleum bermula secara rasmi pada 31 Januari lalu di Medan Damar, Block PM-303.

Menurut Fauzi, jaraknya hanya 109 kilometer dari Kota Bharu, Kelantan.

“Adakah pihak kerajaan negeri Kelantan mempunyai maklumat-maklumat seperti yang didedahkan di atas, yang kami fikir sangat-sangat berguna dan wajib dimasukkan sekali didalam tuntutan tersebut?

Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS