Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Serangan sihir ke atas Malaysiakini
Diterbitkan:  Feb 26, 2014 6:00 PM
Dikemaskini: 10:07 AM

Sejak penubuhan, Malaysiakini telah biasa berdepan serangan dalam bentuk kritikan keras, serbuan polis, saman mahkamah, malah wartawannya dilarang daripada menjalankan tugas.

Tetapi serangan Subuh semalam ke atas premis kami semalam merupakan kali pertama cubaan pihak penentang kami menggunakan ilmu hitam.

Selain disimbah cat merah dan 'dipersembah' dengan seekor itik hidup, portal ini turut menerima tiga gambar ahli parlimen DAP Teresa Kok yang dibungkus dalam plastik jernih.

Terdapat juga beberapa genggam beras yang dibungkus, dengan setiap satunya mengandungi jarum dan dibungkus dengan benang merah.

Semua peralatan ini telahpun diambil oleh polis untuk tujuan siasatan.

Tinjaun dengan mereka yang mempunyai pengetahuan dalam perkara ini menunjukkan beras dan jarum merupakan perkara yang biasa digunakan pengamal ilmu hitam.

Seorang pakar yang enggan dikenali berkata:

"Beras itu mewakili periuk nasi seseorang individu atau organisasi. Dan jarum itu, apa yang berlaku jika ada jarum dalam nasi yang anda makan? Ia boleh membunuh."

"Jadi bungkusan ini bertujuan memusnahkan periuk nasi orang atau syarikat.

"Bagaimanapun dalam perkara ini tidak pasti sama ada orang yang bertanggungjawab mahu memusnahkan periuk nasi mana-mana ahli politik atau Malaysiakini . Mungkin kedua-duanya," tambah beliau.

Kok menjadi sasaran beberapa protes setelah membintangi video satira "Onederful Malaysia" sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Video menghina orang Melayu?

Para penentang mendakwa video tersebut menghina Melayu dan memperkecilkan pengorbanan pihak keselamatan negara dalam isu pencerobohan Lahad Datu.

Beberapa NGO Melayu telah mengadakan protes di tengah bandaraya di mana beberapa ekor ayam disembeleh dan darahnya disimbah ke atas imej Kok dan pemimpin DAP lain.

Mereka turut menawarkan ganjaran wang tunai kepada mereka yang mahu melempang Kok dan merakankan perlualan itu.

Selepas itu,bangkai ayam dan cat merah dicampak pula di hadapan pejabat beliau.

Di tengah-tengah keriuhan itu, Malaysiakini mengadakan temuramah dengan Kok, yang berkali-kali menafikan menghina Melayu atau pasukan keselamatan, sebelum menambah video tersebut memberi fokus kepada isu semasa yang dihadapi rakyat.

MP Seputeh itu turut meletakkan sarikata bahasa Melayu dalam videonya yang menggunakan bahasa Mandarin dan Cantonis.

Sementara itu pakar tersebut turut mendedahkan kepada Malaysiakini bahawa bungkusan Ilmu hitam seperti ini haruslah dibuang ke dalam sungai setelah dilumur garam dan cuka.

[Baca berita penuh]

ADS