Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azmin, Zuraida mahu Khalid jelaskan MoU air
Diterbitkan:  Feb 28, 2014 11:55 AM
Dikemaskini: 3:59 AM

Dua pemimpin kanan PKR Selangor menggesa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan perjanjian persefahaman (MoU) pengambilalihan empat syarikat air yang ditandatangani Selangor dengan kerajaan Persekutuan.

Timbalan Presiden PKR merangkap MP Gombak Azmin Ali mahu Khalid memberi jaminan bahawa rakyat tidak akan terbeban dengan harga air yang mahal selepas ini, lapor Sinar Harian .

"Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan tidak pernah dimaklumkan kedudukan terkini MoU ini dan saya mahu menteri besar sendiri memberi penjelasan lanjut kepada kita terutama sekali isi kandungan MoU itu.

"Kita mahu perkara ini diselesaikan segera dan menteri besar mesti berjanji dengan penstrukturan air ini ia tetap memberi perlindungan dan jaminan kepada rakyat supaya mereka tidak terbeban dengan kadar tarif air tinggi selepas ini," kata Azmin seperti dilapor akhbar itu hari ini.

Sementara itu, MP Ampang, Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan itu agak terburu-buru namun beliau tetap menyokongnya selagi ia menguntungkan penduduk Selangor.

"Walaupun ia dibuat tergesa-gesa tetapi bagi saya ia tidak menjadi isu pun...asalkan menteri besar ikhlas dan ia memberi manfaat kepada rakyat, saya sokong," katanya seperti dilapor akhbar itu.

ADS