BERITA

Dr M: Kenapa Najib layan tuntutan hudud?

Lawrence Yong

Diterbitkan
Dikemaskini 30 Apr 2014, 5:05 pagi

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau pada 1994 telah meyakinkan PAS untuk menggugurkan tuntutan untuk pelaksanaan hudud kerana ia tidak Islamik.

Beliau justeru tertanya-tanya kenapa pentadbiran perdana menteri sekarang Datuk Seri Najib Razak ( kanan ) melayan permintaan sebegitu sekarang.

“Mereka fikir mungkin kerajaan memerlukan sokongan,” kata Mahathir kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

“Semasa masa saya, saya mengetuai kerajaan yang sangat kuat dengan majoriti dua pertiga (di Parlimen),” tambahnya.

Mahathir menjadi perdana menteri ketika PAS kali pertama mengutarakan undang-undang hudud di Kelantan pada 1993 hari ini menegaskan pendiriannya tidak berubah.

“Saya berpegang kepada ajaran Islam. Dan surat saya kepada Nik Aziz berdasarkan Islam, bukan apa yang dikatakan sebagai sekular...

“Dalam hudud dan al-Quran, yang ditekankan adalah keadilan. Di Malaysia, kamu tidak akan dapat keadilan jika cuba menggunakan undang-undang hudud pada orang Islam dan bukan Islam pula dikecualikan,” katanya.

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.