Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Tidak sependapat dengan Presiden Amerika (AS) Barack Obama, Dr Mahathir Mohamad berkata golongan Cina dan India di Malaysia sebenarnya kaya dan berjaya.

“Di Malaysia, dengan dasar-dasar kita, ada kamu nampak orang Cina miskin?

"Golongan India pula profesional, peguam dan doktor,” katanya kepada pemberita.

“Sesiapa yang tidak datang ke Malaysia sungguhlah tidak bernasib baik,” tambahnya.

Mahathir juga berkata beliau bersetuju penuh dengan pandangan ahli ekonomi AS Joseph Stiglitz bahawa terhadap jurang ketidaksamarataan di negara kuasa dunia itu.

Obama dalam lawatannya ke Malaysia baru-baru ini berkata, Malaysia tidak akan berjaya jika golongan bukan Islam tidak diberikan peluang sama rata.

[Baca berita penuh]

ADS