BERITA

Chegubard buat aduan bertulis dakwaan rasuah

Kow Kwan Yee

Diterbitkan
Dikemaskini 5 Jun 2014, 1:12 tengahari

dikemaskini Ahli PKR yang digantung keahliannya, Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai 'Chegubard', telah memfailkan aduan bertulis kepada pihak parti itu berkaitan rasuah yang didakwa melibatkan pemimpin tertinggi dan lembaga rayuan pemilihan parti itu.

Dalam surat yang bertarikh hari ini dan dilihat oleh Malaysiakini , Badrul Hisham membangkitkan satu tuduhan yang telah tersebar luas di internet sejak dua minggu lalu.

Tuduhan itu mendakwa bahawa pengerusi lembaga rayuan pemilihan parti, Abd Malek Hussin (kiri) telah menolak rasuah oleh Ketua Cabang Kota Raja Dr Xavier Jayakumar dan "bosnya".

Badrul Hisham juga berkata, berdasarkan khabar angin, "bos" itu boleh jadi Timbalan Presiden Azmin Ali, yang mempertahankan jawatannya menentang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.

Sambil menyifatkan khabar angin itu sebagai "memalukan", Badrul Hisham menggesa Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Dr Tan Kee Kwong supaya menyiasatnya.

Dalam surat itu, Badrul Hisham berkata khabar angin itu mendakwa

Abd Malek telah mencampak "sejumlah wang" kepada Dr Xavier (kanan) dan berkata, "Berikan semula wang ini kepada ketua kamu".

Ketika dihubungi, Badrul Hisham, yang digantung keahliannya kerana secara terbuka mendakwa pemilihan parti itu kotor dan tidak telus, berkata adalah penting bagi mereka yang didakwa terlibat memperjelaskan perkara tersebut.

Bagaimanapun, sumber-sumber parti berkata Abd Malek "mencampak wang itu" di hadapan Wan Azizah dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat biro politik PKR dua minggu lalu.

Ketika dihubungi, Abd Malek enggan mengulas mengenainya.

Bagaimanapun, Dr Xavier  menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan