Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua PKR Cabang Kota Raja, Dr Xavier Jayakumar menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau cuba merasuah jawatankuasa pemilihan parti itu, dan menyifatkannya sebagai perbuatan untuk mencemarkan nama baiknya.

"Ia adalah khabar angin tanpa sebarang bukti langsung. Saya menafikan sekeras-keras yang saya terlibat dalam politik wang.

"Mereka ini cuba untuk menghasut dan menuding jari (pada orang lain) dalam proses pemilihan itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Xavier (kanan) merujuk kepada surat aduan aktivis PKR Badrul Hisham Shaharin kepada kepimpinan PKR yang mendakwa beliau terbabit dalam politik wang, yang dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini.

Xavier berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan yang perlu berhubung dakwaan tersebut.

Surat Badrul Hisham itu ditujukan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Tan Kee Kwong.

Jayakumar sebelumnya tidak respons kepada panggilan Malaysiakini atau mesej teks.

[Baca berita penuh]

ADS