Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kula akan fail prosiding hina mahkamah terhadap IGP
Diterbitkan:  Jun 28, 2014 11:22 AM
Dikemaskini: 11:25 AM

Peguam M Kulasegaran berkata beliau akan memfailkan prosiding menghina mahkamah terhadap Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kes hak penjagaan anak.

Ia ekoran kegagalan untuk melaksanakan beberapa perintah Mahkamah  Tinggi Ipoh berhubung kes perebutan hak penjagaan anak antara agama, di mana Kulasegaran yang juga MP Ipoh Barat mewakili M Indira Gandhi.

 

Perintah mahkamah itu termasuk satu perintah komital, satu waran tangkap terhadap bekas suami Indira - K Pathmanathan @ Muhd Ridhuan Abdullah - dan perintah supaya anak mereka, Prasana Diksa, dipulangkan kepada Indira.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Ipoh hari ini bersama anak guamnya, Kulasegan menegur IGP, sebagai mungkin satu-satunya IGP di dunia, yang enggan melaksanakan waran tangkap, dan berkata keadaan Indira boleh diselesaikan dengan mudah jika Khalid menguatkuasakan perintah mahkamah.

Katanya, tidak akan ada keperluan untuk Peguam Negara (AG) campurtangan jika perintah itu dikuatkuasakan.

[Baca berita penuh]