Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata perbuatan pihak yang menyebarkan khabar angin kononnya beliau meletakkan jawatan hari ini "hanya sia-sia belaka".

"Itu (peletakan jawatan) tidak benar, saya baru lepas mesyuarat dan saya ada satu mesyuarat selepas ini.

"Tak apalah, maknanya orang yang menyebarkan itu buang masa," kata beliau sinis sejurus tamat mesyuarat perancang ekonomi Selangor di Bangunan Darul Ehsan hari ini.

Bagaimanapun Khalid tidak mahu mengulas lanjut dan lebih gemar ketawa ketika dikerumuni wartawan yang menunggu di beberapa tempat sebelum ini sejak jam 9 pagi.

Malah beliau hanya tergelak apabila ditanya sama ada khabar angin itu disebarkan pesaing dalam partinya sendiri.

"Haha..itu tak mengapa, bulan puasa saya tak boleh cakap benda yang tak betul," kata beliau sebelum terus menaiki kereta yang menunggu di hadapan bangunan itu.

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Selangor yang turut menghadiri mesyuarat, Iskandar Ab Samad menafikan laporan beliau akan menggantikan Khalid.

"Memang tak betul.  Saya fikir spekulasi itu tak benar," katanya ringkas sebelum berlalu pergi.

ADS