BERITA Malaysiakini

'DBKL tak berhati perut pasang palang besi'

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

NGO Dapur Jalanan Kuala Lumpur mengutuk tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang memasang palang besi di bangku awam di sekitar kota ini bagi mengelak golongan tidak berumah daripada tidur di struktur tersebut.

Menurut NGO tersebut, langkah itu menjadi batu penghalang kepada rundingan yang sedang dijalankan bagi mencari penyelesaian dalam isu warga miskin kota dan gelandangan.

Kami menganggap ini tindakan kejam dan tidak bertimbang-rasa serta satu bentuk serangan baru pemerintah terhadap warga miskin kota.

“Organisasi yang prihatin tentang warga miskin kota termasuk Dapur Jalanan Kuala Lumpur sedang dalam perbincangan dan perundingan dengan Kementerian Wilayah Persekutuan mengenai isu warga miskin kota dan golongan tak berumah.

Tindakan agresif memasang palang besi di bangku-bangku awam ini juga telah mensabotaj usaha semua pihak dalam mencari penyelesaian isu warga miskin kota dan golongan tak berumah.