Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Beberapa kes hasutan disemak semula
Diterbitkan:  Sep 9, 2014 8:25 PM
Dikemaskini: 2:41 PM

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memaklumkan bahawa dakwaan hasutan terhadap pensyarah undang-undang Dr Azmi Sharom akan disemak semula.

Beberapa kes lain yang didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 akan turut disemak semula, kata Gani dalam kenyataannya.

"Keputusan mengenainya akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

"Amalan ini adalah prosedur biasa bagi mana-mana pendakwaan supaya tanggungjawab yang dilaksanakan sentiasa adil, telus dan saksama," kenyataan Gani dipetik.

Janji untuk menyemak semula kes ini muncul sewaktu kritikan terhadap siri pendakwaan kes-kes hasutan semakin memuncak.

Semalam, sekumpulan mahasiswa dan pensyarah Universiti Malaya tempat Azmi ( atas ) bertugas mengugut untuk melaksanakan hartal.

Ia sebagai tanda protes kepada pendakwaan terhadap Azmi.

Sebelum ini juga, PKR melancarkan kempen Mansuhkan Akta Hasutan (MAH) bagi membantah siri-siri dakwaan di bawah akta itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada sambutan Hari Malaysia tahun 2012 mengumumkan pemansuhan akta itu.

Namun selepas dua tahun, akta itu rancak digunakan untuk mendakwa dan menyiasat ahli politik, wartawan dan aktivis.

Lihat Komen
ADS