Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'NGO parasit buat rakyat benci BN'
Diterbitkan:  Oct 18, 2014 1:00 PM
Dikemaskini: 5:29 AM

Pergerakan Pemuda Gerakaan menggesa BN menjauhkan diri daripada NGO perkauman dan keagamaan yang disifatkannya sebagai “parasit” yang menjejaskan parti.

"NGO tersebut selalu memberi tanggapan seolah-olah mereka adalah penyokong BN.

"Sebaliknya, pemimpin mereka mengeluarkan kenyataan ekstremis yang membuatkan rakyat Malaysia marah dan benci dengan BN. Ini hakikat.

 

"NGO tersebut juga mengugut tidak akan menyokong BN jika permintaan mereka tidak ditunaikan kerajaan," kata Tan.

 

Tan dalam teks ucapannya tidak menamakan NGO yang dimaksudkan atas alasan enggan memberikan mereka "publisiti murahan".

Namun, beliau dipercayai merujuk kepada NGO pendesak Melayu, PERKASA.

Baru-baru ini, presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata PERKASA akan menarik sokongan terhadap BN jika Akta Hasutan dihapuskan.

Dalam jawapannya, Tan menerusi laman Twitter-nya berkata penarikan sokongan itu adalah perkara yang baik jika berlaku.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS