Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Rakyat M'sia khianati kepercayaan Najib'
Diterbitkan:  Nov 28, 2014 3:45 AM
Dikemaskini: 6:28 AM

Seorang menteri Umno menyalahkan rakyat Malaysia yang didakwa gagal meyakinkan Datuk Seri Najib Razak sehingga perdana menteri itu terpaksa memutuskan untuk mengekalkan Akta Hasutan.

Dalam siri tulisannya di Twitter, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Najib juga tidak harus dituduh berbolak-balik kerana tidak menunaikan janji untuk memansuhkan akta tersebut.

"PM ada kemahuan untuk memansuhkan Akta Hasutan, namun sayang sekali rakyat Malaysia tidak dapat menyambut niat sucinya itu.

“Kita telah khianati kepercayannya,” kata MP Kota Belud itu lagi.

Beliau percaya ia bukanlah keputusan yang mudah bagi PM untuk memungkiri janji tersebut.

"Kita yang paksa beliau lakukannya. Beliau sudah sedia, tapi kita rakyat Malaysia tidak bersedia.

"Jadi janganlah bimbang. Tak payah kata (PM) berbolak-balik. Kitalah, rakyat Malaysia, yang terlepas peluang yang sangat besar. Kita tidak seperti yang disangkanya,” tambah Abdul Rahman.

Menteri perumahan dan kesejahteraaan bandar itu berkata Najib tiada pilihan selain membatalkan usaha untuk memansuhkan akta tersebut.

Katanya, Najib membuat keputusan itu berdasarkan pemantauan dan penilaian ke atas keadaan semasa.

"Dia tidak suka apa yang dilihatnya. Jangan salahkan dia. Salahkan diri kita sendiri.

"Tiada perdana menteri yang cekap akan memansuhkan Akta Hasutan apabila melihat bagaimana rakyat mampu meluahkan kebencian dan kata-kata nista pada satu sama lain,” katanya lagi.

Tambahnya, sikap itu juga merupakan pendirian Umno.

"Biarlah rakyat memutuskan nasib kami dalam pilihan raya umum ke-14. Namun sebelum itu, biarlah kami pertahan negara ini dari kemusnahan,” katanya.

Lihat Komen
ADS