Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Anak Cina berniaga, anak Melayu lastik burung'

Menegaskan kepentingan sikap keusahawanan, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengeluh mengenai perbezaan kecenderungan anak Melayu dan Cina.

“(Ini) kerana anak-anak masyarakat Cina, walaupun tidak diajar ilmu keusahawan di sekolah menengah, mereka balik ke rumah ke kedai ibu dan ayah mereka terus belajar secara praktikal keusahawan.

"Mereka menolong ibu bapa di kedai runcit, Mereka menolong ibu bapa di kilang, mereka pergi ke syarikat ibu bapa mereka.

"Tapi anak-anak Melayu tidak begitu. Melastik burung bawah pokok kelapa sawit. Mandi sungai terjun, mandi parit, sampai bila masyarat Melayu nak jadi usahawan?" soalnya dalam sidang media hari ini.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya kerajaan memendekkan waktu pengajaran yang diberikan bagi mata pelajaran Geografi di sekolah menengah termasuk subjek keusahawanan

"Pada pandangan saya, (subjek) Geografi ini boleh diajar dalam masa yang singkat saja. Buka peta dunia, tunjuk pada 200 negara, selesailah," katanya.

Bagaimanapun, MP Pontian dan ketua penerangan Umno itu berkata beliau "tidak menentang Geografi".

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS