Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengelak dari terbabit dalam kontroversi berhubung surat yang diutuskan oleh seorang lagi menteri kabinet mengenai warga Malaysia yang didakwa sebagai raja judi, Paul Phua.

“Saya fikir anda perlu tanya (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad) Zahid (Hamidi) mengenai perkara ini,” katanya.

Beliau ditanya mengenai kritikan yang timbul bahawa Zahid melanggar konvensyen diplomatik kerana mengeluarkan surat tersebut dengan melangkaui Kementerian Luar.

"Saya tidak fikir bahawa ini adalah isu utama, memang tugas PKR untuk mengkritik, mereka adalah pembangkang.

"(Isu) ini bukan bawah tanggungjawab saya,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS