Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pelaburan cuai': KWAP berdepan saman
Diterbitkan:  Mar 12, 2015 12:33 PM
Dikemaskini: 7:31 AM

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini mengetengahkan cadangan menyaman Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) atas dakwaan “pelaburan cuai”.

Anggota Parlimen Pandan membangkitkan pinjaman RM4 bilion yang diberikan kepada SRC International Sdn Bhd, syarikat milik kementerian kewangan.

Katanya, beliau serius membincangkan perkara itu dan terdapat ruang untuk memfailkan saman terhadap semua pegawai yang terlibat dalam KWAP kerana tidak berhati-hati.

SRC merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika wang itu dipinjamkan kepada mereka.

Dana itu digunakan untuk melabur dalam syarikat tenaga Mongolia.

SRC kemudian diserap sebagai entiti milik penuh kementerian kewangan.

Kerajaan pusat menjadi penjamin untuk pinjaman itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS