mk-logo
Berita
4 didakwa kes 'Sabah, Sarawak Keluar M'sia'
Diterbitkan:  Mar 16, 2015 6:00 AM
Dikemaskini: 10:01 AM

Empat lelaki didakwa di mahkamah hari ini atas tuduhan mengedar penerbitan berhubung pemisahan Sabah dan Sarawak daripada Persekutuan Malaysia.

Keempat-empat lelaki itu, Azrie Situ, 25, Jemmy Liku Markus Situ, 32, Erick Jack William, 29, dan Joseph Kolis, 29 mengaku tidak bersalah ketika tuduhan dibacakan ke atas mereka.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(2) Akta Hasutan 1948, yang membawa hukuman maksimum denda RM2,000, penjara 18 bulan atau kedua-duanya.

Mereka merupakan antara sembilan orang yang ditahan di Tuaran pada 1 Februari kerana memilik bahan yang berkaitan dengan laman web Sabah Sarawak Keluar Malaysia.

Hakim, Dean Wayne Dally menetapkan jaminan sebanyak RM20,000. Difahamkan, kesemua tertuduh masih belum membayar ikat jamin.

Beberapa laporan media menyebut, hampir 100 orang hadir ke mahakamah semasa tuduhan dibacakan.

Ia termasuk bekas ketua menteri Sabah, Datuk Seri Yong Teck Lee dan seorang bekas exco, Datuk Mohd Noor Mansoor.

[Baca berita asal]

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini