Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemandu berkeras enggan tangguh naik harga teksi

Pemandu teksi akan tetap mengenakan harga baru kepada pelanggan selagi tidak menerima arahan rasmi daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kata Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (PBBPT).

“Sekiranya tidak ada apa-apa arahan dari SPAD maksudnya kita anggap arahan itu sah (tambang baru) dan kita ikut arahan SPAD, ikut  tambang baru.

“Kecuali arahan dari kabinet kadar meter baru batal jadi kita kena ikut lah,” katanya kata Pengerusi PBBPT Amran Jan ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Katanya, mereka hanya akan menangguhkan kenaikan itu, walaupun tidak bersetuju, selagi tidak ada hitam putih dan bukan sekadar cakap-cakap.

Sementara itu, Amran berkata sekumpulan pemandu teksi berhimpun di Kuala Lumpur pagi tadi bagi membantah desakan supaya harga baru tambang teksi ditangguhkan.

Katanya, pemandu teksi amat berharap tambang teksi dinaikkan memandangkan pendapatan kasar bulanan mereka hanya RM1,500 setakat ini.

SPAD mengumumkan penyelarasan kadar tambang teksi dan kereta sewa antara 20 hingga 67 peratus serta merta manakala bas ekspres pula naik 22.6 peratus bermula 15 Mei ini.

Kenaikan itu berikutan kenaikan kos yang ditanggung pengusaha pengangkutan awam termasuk kos penyelenggaraan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata pengumuman SPAD tidak sesuai pada masa ketika Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksana pada 1 April.

Lihat Komen
ADS