Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zahid jelas sebab menteri, Mashitah tidak ditahan
Diterbitkan:  Mar 24, 2015 3:39 PM
Dikemaskini: 2:48 PM

Polis tidak menahan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Mashitah Ibrahim, seperti sering dikenakan pada pemimpin pembangkang, kerana kenyataan mereka dirakam dalam tempoh 24 jam selepas aduan dibuat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ( kanan ) memberitahu demikian di Dewan Rakyat sebagai menjawab soalan M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) kenapa pemimpin-pemimpin Umno tidak ditahan berhubung kenyataan kontroversi mereka.

Zahid berkata siasatan terhadap Ismail dan Mashitan dapat diselesaikan dalam tempoh sehari.

“Tidak benar hanya anggota pembangkang sahaja ditahan.

“Terdapat juga penyokong kerajaan yang ditahan,” kata Zahid.

Ismail bulan lepas mencetuskan kontroversi selepas meminta orang Melayu memulaukan peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang selari dengan harga baru petrol dan diesel pada masa itu.

Beliau disiasat bawah Seksyen 505B Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Mashitah pula dalam perhimpunan agung Umno Disember tahun lalu berkata dimaklumkan terdapat orang bukan Islam di sebuah negeri di utara membakar helaian al-Quran pada waktu sembahyang.

Kes itu disiasat bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan berkaitan khianat awam dan kenyataan mengapi-apikan kesalahan ke atas sesuatu golongan atau kaum.

[Berita berita asal]

Lihat Komen
ADS