Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan berkata penguasaan bahasa Inggeris di negara ini lebih baik daripada penguasaan bahasa itu di Singapura.

Malah, tambahnya, Malaysia berada di tangga teratas dalam penguasaan bahasa itu di Asia dalam kajian terhadap 65 negara yang bahasa ibunda mereka bukan bahasa Inggeris.

Beliau merujuk Indeks Kepetahan Berbahasa Inggeris yang dijalankan oleh EF Education First, sebuah laman web kajian di Sweden yang meneliti penggunaan bahasa itu di kalangan ahli perniagaan.

"Kita berada pada nombor satu dan anda pasti gembira kerana Singapura berada di belakang kita. Dan bukannya saya dakwa.

"Saya sudah nyatakan sumber rujukan (asal)," kata Kamalanathan di pertemuan belia di Kuala Lumpur hari ini.

"Apabila pencapaian kita baik, kita tidak menghebahkannya, tetapi apabila pencapaian kita merosot, semua orang ingin bercakap."

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS