Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis bebas Rafizi, Hishamuddin, Fariz
Diterbitkan:  Mar 30, 2015 3:33 AM
Dikemaskini: 10:15 AM

Polis membebaskan setiausaha agung PKR, Rafizi Ramli serta dua orang aktivis yang disiasat berhubung perhimpunan Kita Lawan.

Kenyataan rasmi PKR menyebut, Rafizi serta Fariz Musa dan Hishamuddin Rais dibebaskan dengan ikat jamin.

"Mereka ke IPD Dang Wangi sekarang," kenyataan itu dipetik.

Fariz dan Hishamuddin turut ditahan sebelum perhimpunan besar bagi meraikan majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Polis semalam membawa Rafizi ke ibu pejabat PKR dan turut merampas komputer dan dokumen berkait dengan perhimpunan itu.

MB Selangor, Azmin Ali menyifatkan tindakan itu “kejam” serta satu bentuk “penyalahgunaan kuasa” dan menuntut ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertanggungjawab.

Lihat Komen