Sehari selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan meluahkan rasa terkejut apabila “hanya” 800 aduan berkaitan cukai baru itu dibuat.

Katanya perkara itu menunjukkan permulaan baik kepada pengganti cukai jualan dan perkhidmatan (SST) itu.

“Pada mulanya kami jangkan mungkin ada 8,000, 18,000 atau 80,000 aduan, memandangkan rakyat Malaysia sebanyak 30 juta,” katanya.

Beliau berkata kerajaan hanya menerima 815 aduan berhubung langkah kerajaan melaksanakan GST, sebuah cukai kontroversi yang ditentang aktivis dan pembangkang.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Sapawi Ahmad Wasali (BN–Sipitang) berhubung tindakan kerajaan untuk membendung aktiviti memasukkan bayaran GST untuk barangan berkadar sifar atau dikecualikan.

Sapawi juga membangkitkan kemungkinan pengguna dikenakan bayaran berganda SST dan GST.

[Baca berita asal]

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini