Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kakitangan media Asia Broadcasting Network's (ABN) yang ditamatkan perkhidmatan baru-baru ini, masih belum menerima gaji mereka bagi bulan Mac.

Seorang daripada 60 kakitangan yang dipecat itu memberitahu Malaysiakini bahawa mereka hanya akan mendapat gaji Mac mereka pada minggu depan.

"Gaji bulan Mac kami masih belum masuk. Mereka beritahu kami, gaji hanya akan dimasukkan ke dalam bank pada 15 hari bulan ini," katanya yang namanya enggan disebut.

Kakitangan diberi pelepasan awal Jumaat lalu, selepas syarikat itu menutup operasinya.

Mereka dijanjikan bayaran penuh untuk bulan April, tetapi krisis kewangan yang dihadapi ABN menyebabkan mereka bimbang ia mungkin tidak menjadi kenyataan.

“Saya tidak tahu (jika saya akan dapat) gaji bulan April. Saya tidak ada simpanan, saya bergantung penuh dengan gaji saya," kata sumber itu lagi.

Akhbar The Edge Financial Daily hari ini melaporkan bahawa ABN kini sedang mengalami masalah kewangan yang teruk.

Cukai pendapatan

Di samping lewat bayar, laporan The Edge menyebut syarikat itu tidak mendepositkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada kakitangan sejak tahun lalu.

Pekerja juga amat bimbang cukai pendapatan mereka turut tidak didepositkan.

Penyata kewangan terakhir difailkan oleh ABN pada 2013 menunjukkan syarikat itu menghadapi kerugian terkumpul sebanyak RM36.2 juta dan ia membuatkan tiada pulangan sejak 2009.

The Edg e turut melaporkan bahawa ABN mempunyai pinjaman sebanyak RM450 juta daripada Bank Pembangunan dan RM15 juta daripada Maybank, yang mana kedua-duanya tidak dibayar.

Perkhidmatan TV Digital ABN, ABNxcess, berjanji untuk memberi khidmat kepada lebih 500 saluran dengan akses Internet 300 Mbps.

Pemegang saham syarikat terbesar taikun K Eswaran yang memegang 70 peratus saham ABN melalui syarikat ABN Media Group.

Bantahan kumpulan media

Sementara itu, kumpulan media Gerakan Media Marah (GERAMM) terus memberikan tekanan kepada ABNexcess supaya menjaga kebajikan pekerjanya dengan tidak menamatkan tugas mereka.

"Walaupun jika ada keperluan pihak syarikat untuk menutup unit berita, GERAMM berpendirian jangka notis yang lebih berpatutan patut diberikan berserta pampasan bagi semua kakitangan terbabit.

"GERAMM berharap yang pihak syarikat akan mempertimbangkan semula tindakan pemberhentian mengejut petugas media terbabit dan menyediakan pampasan yang sewajarnya," kata kumpulan itu dalam kenyataannya sebelum ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS