Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Fazura pertaruh ‘Sayangi Dirimu’
Diterbitkan:  Apr 25, 2015 12:54 PM
Dikemaskini: 1:08 PM

Siapa yang tidak mengenali pelakon yang bernama Nur Fazura Sharifuddin atau lebih akrab dengan panggilan Fazura ini.

Fazura ialah seorang pelakon yang bukan asing lagi di dalam industri perfileman negara kita.

Anak ketiga dari empat adik-beradik kelahiran Pekan, Pahang ini memulakan karier beliau dalam industri sebagai hos untuk rancangan Teens World 13 pada tahun 2004.

Filem pertama beliau sebagai pelakon utama merupakan filem Bicara Hati, tetapi beliau lebih dikenali melalui watak Putri dari filem Gol & Gincu yang mendapat sambutan hangat dan kemudiannya menjadi drama televisyen.

Fazura juga sering dilabelkan antara selebriti yang paling bergaya di Malaysia.

Ini terbukti apabila beliau antara pelakon yang tercalon sebagai selebriti cantik dan bergaya dalam beberapa majalah fesyen Malaysia.

Selain berlakon, beliau juga sering menjadi hos untuk beberapa program televisyen dan juga majlis anugerah.

'Single' terima kasih

Tahun lalu Fazura juga telah terpilih untuk menjadi juri tetap bagi program Maharaja Lawak Mega 2014.

Terbaru, Fazura mempunyai program siri mini sendiri iaitu “Facing Up to Fazura” terbitan E!.

Bakat Fazura tidak berakhir di situ, beliau juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan kini dalam rangka mempromosikan single terbarunya “Sayangi Dirimu” hasil ciptaan komposer Damian Mikhail dan lirik oleh Shah Shamshiri.

Lagu ini baru sahaja dipasarkan beberapa bulan yang lalu dan sudah mula mendapat sambutan yang hangat sejak berkumandang di corong radio.

Menurut Fazura, single ini dipersembahkan sebagai sebuah bentuk terima kasih kepada rakan media dan peminat yang sering menyokong karier beliau tidak kira di mana mereka berada.

Fazura juga ingin mengajak pendengar untuk menyayangi diri mereka dan memberi semangat kepada peminat beliau supaya mereka dapat menghadapi kehidupan seharian dengan lebih ceria.

Lagu “Sayangi Dirimu” mempunyai ciri ciri yang membuatkan pendengar senang untuk menerima lagu ini.

Perjalanan insan seni

Berentakkan tempo dan muzik yang ‘catchy’ menambahkan lagi minat untuk para pendengar menghayati lagu ini.

Lagu yang berentak pop ini mampu mengajak para pendengar untuk turut menyanyi bersama.

“Sayangi Dirimu” ini pastinya tidak akan mengecewakan para peminat mahupun pendengar dengan alunan melodi dan seni kata yang mampu memberi semangat kepada para pendengar dari keratan pertama sehingga ke keratan terakhir.

Muzik video untuk lagu ini juga sudah berada di akaun YouTube Fazura iaitu Fazura Official.

Muzik video yang sepanjang lebih kurang 4.07 minit itu memaparkan tentang perjalanan hidup Fazura sebagai seorang insan seni.

Khas buat peminat Fazura, lagu edaran Warner Music (M) Sdn Bhd itu juga sudah boleh dimuat turun di iTunes, dan diperdengarkan di KKBox, Deezer dan juga Spotify.

Lihat Komen
ADS