mk-logo
Berita
Kalau Dr M tak faham GST, bagaimana rakyat?
Diterbitkan:  Apr 26, 2015 4:20 AM
Dikemaskini: 4:25 AM

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyindir sinis Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang didakwa memperkecil kefahaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Tun M akan lebih faham tentang GST?

"Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai 'kurang cerdik' (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M?" soal Dr Mohd Asri dalam Facebook nya .

Beliau mengulas kenyataan Ahmad yang dilapor Astro Awani sebagai berkata dalam Twitter bahawa Dr Mahatir masih belum memahami sepenuhnya, belum mendapat penerangan terperinci atau tersalah tafsir mengenai maksud GST sehingga beliau mahu cukai itu dibatalkan.

Semalam bekas perdana menteri itu menggesa kerajaan membatalkan sahaja cukai barangan dan perkhidmatan dan masih ada pegawai yang belum faham dengan pelaksanaan cukai itu.

[Baca berita penuh]

Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini