Persatuan pengguna tuntut diskaun dari telco
Syarikat telekomunikasi patut memberikan potongan harga kepada pengguna jika tidak dapat menambah baik perkhidmatan, kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM) Datuk Nadzim Johan.
Beliau mengkritik perkhidmatan lemah termasuk kualiti liputan tidak bagus dan penggunaan kontrak yang mengelirukan pengguna.
PPIM semalam telah berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk membincangkan berhubung isu perkhidmatan tidak memuaskan dan kadar tinggi perkhidmatan telekomunikasi berbanding negara lain.
Katanya SKMM setuju bekerja sama dengan persatuan pengguna untuk mencari penyelesaian dengan syarikat telekomunikasi.
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.