Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nazir cadang tubuh NGO, bukan parti politik
Diterbitkan:  Jun 17, 2015 3:43 PM
Dikemaskini: 9:24 AM

Adik kepada perdana menteri, Datuk Seri Nazir Abdul Razak hari ini menafikan bahawa beliau bercadang untuk menubuhkan satu parti politik yang baru.

"Saya merujuk laporan berita yang terbaru bahawa saya akan menubuhkan satu parti politik yang baru.

"Perkara itu tidak benar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebaliknya, Nazir yang juga pengerusi CIMB berkata beliau telah mengadakan perbincangan untuk menubuhkan sebuah NGO untuk membela kesederhanaan.

Nazir berkata beliau "semakin berasa bimbang " mengenai persekitaran sosio-politik serta kesannya ke atas ekonomi.

"Dalam konteks ini, saya telah berbincang dengan rakan-rakan termasuk Datuk Saifuddin Abdullah, mengenai keperluan untuk menjadi lebih baik kesederhanaan rakyat Malaysia dalam menyuarakan pandangan, kebimbangan dan cadangan.

"Kami telah berbincang untuk menubuhkan satu NGO tetapi masih lagi satu cadangan buat masa ini," katanya.

Asia Sentinel melaporkan Nazir telah memulakan inisiatif untuk menubuhkan sebuah parti politik bukan partisan yang baru untuk mendekati semua kaum.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS