Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS Selangor: Penggerak parti baru gugur ahli
Diterbitkan:  Jul 13, 2015 9:44 PM
Dikemaskini: 1:52 PM

PAS Selangor berkata pendukung usaha menubuhkan parti Islam baru jatuh keahlian secara automatik, menurut peruntukan dalam perlembagaan parti.

Merujuk kumpulan itu sebagai “bekas ahli kita”, PAS negeri juga mengarahkan semua jawatan yang pernah disandang mereka akan dipangku dengan serta- merta menurut kaedah perlembagaan.

"Berkuatkuasa serta merta semua kepimpinan Selangor di peringkat kawasan dan cawangan agar mengambil dan memangku jawatan yang telah dikosongkan oleh mereka yang telah berpindah ke parti baru.

“Ini selaras dengan perlembagaan pas yang ada,” kata setiausahanya Mohd Khairuddin Othman.

Kenyataan itu bagaimanapun dilihat berbeza sama sekali dengan pemimpin pusat PAS yang berkata tindakan tidak boleh diambil sehingga parti baru itu didaftarkan secara rasmi.

Dalam kenyataannya lewat petang ini,  Khairuddin juga menegaskan bahawa PAS Selangor akan terus berperanan dalam dalam kerajaan Selangor yang sekarang dipimpin menteri besar PKR.

“Dan kita yakin Pas akan tetap menjadi parti teras di Selangor dan Malaysia ini, dan sebarang kelemahan yang ada akan kita perbaiki,” katanya lagi.

Hari ini kumpulan profesional yang kalah dalam pemilihan PAS bulan lepas mengumumkan penubuhan sebuah kumpulan dinamakan "Gerakan Harapan Baru" untuk mengasaskan penubuhan sebuah parti politik baru berteraskan Islam.

Penubuhan kumpulan itu turut bertujuan memperjuang usaha penubuhan gabungan pembangkang “Pakatan Rakyat 2.0”.

Pemimpin PAS daripada Selangor yang terlibat dalam sidang media G18 pagi tadi termasuk Khalid Samad, Mariah Mahmud, Dzulkefly Ahmad dan Tan Sri Muhammad Mohd Taib.

Lihat Komen
ADS