BERITA Malaysiakini

PM nafi dakwaan BTN perjuang ketuanan Melayu, perkauman

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak menafikan dakwaan bahawa Biro Tatanegara (BTN) memperjuangkan ketuanan Melayu dan perkauman.

"Ia pembohongan yang nyata," katanya semasa ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri, di Putrajaya hari ini.

Najib mengulas dakwaan mengenai slaid yang dimuat naik dalam laman web BTN pada Mac lepas tetapi dipadam minggu lalu selepas ia tersebar secara meluas dalam laman sosial.

Bulan lepas, Datuk Noor Farida Ariffin, penyelaras kumpulan Noor Farida & 24 Melayu Ternama, berkata biro itu patut dirombak kerana ia menjejaskan kepelbagaian budaya di negara ini.

- Bernama