mk-logo
Berita
Tony Pua, Rafizi, Tong dilarang ke luar negara
Diterbitkan:  Jul 22, 2015 8:25 AM
Dikemaskini: 11:25 AM

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, terkejut apabila mendapati dia tidak dibenarkan meninggalkan negara ini selepas ditahan pegawai Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.

Pua yang menjadi antara tokoh paling terkedepan dalam isu 1MDB berkata, dia ditahan ketika mahu menaiki kapal terbang ke Indonesia.

Ketika ditanya alasan larangan itu, Pua memberitahu Malaysiakini, pegawai imigresen hanya memaklumkan mereka mendapat arahan "daripada pihak atasan".

Pua adalah seorang daripada pemimpin pembangkang yang lantang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan agensi tajaan kerajaan, 1MDB yang kini didakwa menanggung hutang besar.

Dia juga dinamakan bekas wartawan Sarawak Tribune, Lester Melanyi dalam dakwaannya mengenai pemalsuan dokumen disiarkan Sarawak Report.

Bagaimanapun Pua menafikan dakwaan itu.

Semakan Malaysiakini di laman sesawang Jabatan Imigresen Malaysia menunjukkan status lawatan Pua sebagai "Sila rujuk kepada pejabat imigresen terdekat".

Sementara itu semakan juga menunjukkan Pua bukanlah satu-satunya ahli politik yang dihalang ke luar negara, sebaliknya nama Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli juga diletakkan pada status sama.

Rafizi juga salah seorang pemimpin pembangkang yang banyak membuat kenyataan mengenai 1MDB. [Baca berita asal]

Sementara itu, semakan di laman web Jabatan Imigresen mendapati larangan yang sama turut dikenakan terhadap pemilik The Edge Media Group Tong Kooi Ong.

Syarikat itu menerbitkan The Edge Financial Daily dan The Edge Weekly, yang melaporkan kontroversi 1MDB secara meluas sejak akhir-akhir ini.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini