Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Datuk Seri Najib Razak enggan mendedahkan identiti individu Timur Tengah yang menderma RM2.6 bilion ke akaun perdana menteri itu.

Muhyiddin berkata, beliau bersemuka dengan Najib untuk mendapatkan penjelasan selepas The Wall Street Journal melaporkan perkara itu pada 3 Julai.

"Saya tanya dia dari mana sumbangan itu datang, dan dia (Najib) kata 'dari Timur Tengah, tetapi saya tidak boleh sebut nama',” kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata, Najib memberitahunya bahawa pendemra Timur Tengah itu mahu wang RM2.6 bilion tersebut dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri.

"Saya tanya dia (Najib), kenapa ia masuk ke akaun dia? Dia jawab, 'penderma beritahu saya supaya masukkan ke akaun saya'.

"Ada boleh percaya? Bila orang bagitau, percaya sajalah," kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata beliau hanya diberitahu mengenai deposit wang RM2.6 bilion itu selepas pendedahan WSJ.

Timbalan presiden Umno itu berkata demikian dalam ucapannya di perhimpunan agung sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagiannya, di Pagoh, Johor.

Muhyiddin berkata, beliau juga tidak tahu apa yang berlaku selepas wang dalam akaun peribadi perdana menteri selepas akaun itu ditutup pada 2013.

Katanya, beliau juga tidak mahu membuat spekulasi sama ada wang RM2.6 bilion itu merupakan satu bentuk derma atau perkara lain.

Tambahnya, beliau juga mungkin dihadapkan ke lembaga disiplin Umno kerana mendedahkan kandungan pertemuan dengan Najib.

Ucapan Muhyiddin hari ini sekali gus menafikan dakwaan pengarah komunikasi strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, bahawa beliau mengetahui mengenai derma tersebut memandangkan beliau merupakan timbalan presiden Umno.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS